Followers

Monday 4 June 2012

Kayuh Santai Pagi Ahad..

Lama rasanya x update blog ni..Maklum la...agak sibok..So kali ni aku nk cerita skit la aktiviti aku di pagi ahad yang lalu (tarikh x ingat la)..

Aku berkesempatan untuk p kayuh dengan member aku ni..Mulanya rancang nak off road kat bukit kapet tapi last2 minit dia tukar plan la...Ada hal katanya..

Kami tukar haluan ke Telok Bahang..Start dari Sungai Pinang ke Empangan Telok Bahang dan kembali semula ke Sungai Pinang..

Boleh tahan juga track ni..Maklum la aku ni "orang baru" dalam aktiviti kayuh ni..Jadi track Telok Bahang ni kira mencabar jugak la bagi aku..Memang ramai orang yang dok kayuh kot sini.Tapi yang ramainya guna road bike.Jadi kelajuan depa semua xpayah cakap la..Aku n member aku yang naik MTB ni mampu maintain stakat 20-25 km/j je...Tapi time turun bukit boleh sampai 40 km/j (kira laju la jugak kan..)

Ok la...nak buat karangan panjang-panjang pun xpandai..Jadi layan je la gambar ni...

       Tempat ni nama apa aku pun x tau..Tengok cantik je tulisan tu..Tapi maksud "haram" tak tau.....


Lega...dah sampai kat Empangan Telok Bahang..Kita rehat dulu!!!!penatttttt..


Time nak balik, singgah kat Titi Kerawang (nk tunjuk bukti kat bini yang aku dh kayuh sampai kat sini..mesti dia bangga..Hahahaha)




No comments:

Post a Comment