Followers

Monday, 4 June 2012

Outing with Mama & Aina at Straits Quay..

29 Mei 2012 - Ahad : Berkesempatan bawa Mama & Aina p bergambar kat Straits Quay. Tujuan utama nak p makan chicken chop kat Tanjung Bungah. Dah alang-alang lalu kot situ, singgah sat untuk bergambar.

Layan dulu gambar, satgi sambung cerita balik :)

Aina dok tengah belajar berjalan..


Bukan main lagi dia, nampak je mama nk ambik gambaq, terus senyum..


Mama pn nak bergambar jugak..siap nak suruh bagi nampak gambar kapal kat belakang lagi...


Aina ngan Babahnya...Sama tak?


Xtau la apa yang Aina nak buat kat Mama tu...


Sapa yang senyum lebih?Cuba teka..


Buat apa tu?

Berdiri dah ok..Cuma xberani jalan je...Xpa..pelan-pelan Aina..

Ok, sambung cerita balik..

Lepas sisi bergambar tu kami pn p la ke Tanjung Bungah, mencari chicken chop yang kawan mama kata sedap sangat tu..Cari punya cari, xjuga jumpa..Lasat2 terus p kat Restoran Kapitan, pekena nasi briyani milani..Boleh tahan sedap..

Lepas pada tu, frust punya pasai..3 hari berturut-turut makan chicken chop..Balas dendam sebab xdapat makan chicken chop kat Tanjung Bungah tu..

****kepada kawan mama tu, lukih mai pelan nak p ke sana sat boleh x...****


Kayuh Santai Pagi Ahad..

Lama rasanya x update blog ni..Maklum la...agak sibok..So kali ni aku nk cerita skit la aktiviti aku di pagi ahad yang lalu (tarikh x ingat la)..

Aku berkesempatan untuk p kayuh dengan member aku ni..Mulanya rancang nak off road kat bukit kapet tapi last2 minit dia tukar plan la...Ada hal katanya..

Kami tukar haluan ke Telok Bahang..Start dari Sungai Pinang ke Empangan Telok Bahang dan kembali semula ke Sungai Pinang..

Boleh tahan juga track ni..Maklum la aku ni "orang baru" dalam aktiviti kayuh ni..Jadi track Telok Bahang ni kira mencabar jugak la bagi aku..Memang ramai orang yang dok kayuh kot sini.Tapi yang ramainya guna road bike.Jadi kelajuan depa semua xpayah cakap la..Aku n member aku yang naik MTB ni mampu maintain stakat 20-25 km/j je...Tapi time turun bukit boleh sampai 40 km/j (kira laju la jugak kan..)

Ok la...nak buat karangan panjang-panjang pun xpandai..Jadi layan je la gambar ni...

       Tempat ni nama apa aku pun x tau..Tengok cantik je tulisan tu..Tapi maksud "haram" tak tau.....


Lega...dah sampai kat Empangan Telok Bahang..Kita rehat dulu!!!!penatttttt..


Time nak balik, singgah kat Titi Kerawang (nk tunjuk bukti kat bini yang aku dh kayuh sampai kat sini..mesti dia bangga..Hahahaha)




Monday, 14 May 2012

Langkawi Part 1

Salam..

Bulan 3 yang lalu aku berkesempatan membawa mama dan Aina bercuti di Pulau langkawi. Percutian 3 hari 2 malam yang tak seberapa tu tepat menjadi kenangan yang indah buat kami sekeluarga.

Nak buat karangan panjang-panjang pun tak pandai, so layan la gambar-gambar kenangan kami di sana....

Mama & Aina.

                                                                      Babah & Aina


Bergambar di Pantai Tanjung Rhu..Pantai memang cantik sangat..Air laut pun jernih..Tapi nk masuk ketempat tu agak jauh jgk..Privacy sikit tempat tu..Ada guard jaga kat tempat tu..Tp bagi yg minat dengan keindahan alam semula jadi memang sesuai sangat.


Night market di Pantai Chenang

Tak beli pun...Bergambar saja >_<

Macam-macam juga barang yang dijual kat sini. Harga pn ok la....Tak la mahal sangat. Boleh tawar lagi..Lebih kurang macam night market Batu Feringghi la..

**Part 2 bakal menyusul**

Sunday, 13 May 2012

Kayuhan Petang...



Bersama basikal masing-masing..

Kayuhan pertama bersama wife. Sambil take 5, sempat lagi bergambar kenangan..Biasa la, wife aku ni jenis suka bergambar....

Walaupun penat, bergambar punya pasal, tetap kena senyum >_<
Ok, sambung kayuh balik.......

Wednesday, 9 May 2012

Dok mula kayuh pulak dah......

                                                                Beskal pertama ku..


Sekarang ni ramai sungguh orang yg dok kayuh basikal. Dah jadi macam satu trend pulak. Macam mana ntah aku boleh jadi minat dengan aktiviti ni. Jadi aku pun beli la satu. Tak seberapa pn harga beskal ni. Tapi setakat nak naik bukit kapet tu lepas kot. Asal ada masa je lepas balik keja mesti nak kayuh.

1st sekali kayuh dari rumah p ke pisa...Agak penat la jugak sebab 1st la kata kn...Lama kelamaan p jauh skit..Pusing kot Sg. Nibong - QB Mall - Batu Maung - Bayan Lepas - Balik Rumah.

Kayuh sorang2 ni xberapa best. Nasib baik ada wife yang sama2 minat kayuh ni. Jadi kalau dua2 orang cuti, apa lagi..anak hantar rumah mak n kami kayuh sama-sama. Tak la boring sangat sebat sambil2 kayuh tu boleh dok sembang2..1st time kayuh ngan wife kami kayuh sejauh 25KM..Bukan main bangga wife aku dapat kayuh sejauh tu..Siap cerita kat dalam FB lagi..hahahaaa...

Apa2 pun kayuh basikal ni satu aktiviti yang sihat dan dapat eratkan lagi hubungan kekeluargaan. Tapi tetap kena berhati2 sebab paham2 saja la..kat penang ni time petang saja mesti jem..Jadi cari la  tempat yang x berapa banyak kenderaan.

**Jom pakat kayuh beskal**